The Last Code: Exfil
asterthzy
Raven tidak pernah minta untuk kembali.
Selepas satu misi gelap bertukar tragedi, dia menghilangkan diri, menyamar, membuang nama asal, dan hidup dalam bayang-bayang demi menguburkan kebenaran yang sepatutnya tidak pernah diketahui sesiapa. Tetapi apabila operasi eksperimen rahsia di Malaysia bocor, dan bekas rakan seperjuangan muncul semula satu demi satu, ada yang membantu, dan ada yang memburu. Raven dipaksa keluar dari persembunyian.
Dari hutan Sabah ke lorong gelap Palermo, dari mayat hidup ciptaan manusia ke rahsia sistem yang korup, Raven dan Rino, ejen muda yang menyimpan dendam sendiri menyelongkar jaringan pengkhianatan, ketakutan dan manipulasi.
Namun dalam dunia di mana semua orang memakai topeng, musuh sebenar bukan makhluk ciptaan, bukan mafia tetapi seseorang yang paling rapat.
Dan apabila satu demi satu kebenaran terbongkar, Raven sedar, kod terakhir yang dia lindungi bukan sekadar fail atau data.
Ia adalah sesuatu yang terlalu berharga untuk dibiarkan hidup.